

Erti Memberi Pada Tak Menghargai
Alhamdulillah, kunjung kembali ke arena bicara tanpa suara, setelah sekian lama membisu tanpa bait-bait kata. Lalu minda ini mula berbicara...Memberi adalah lebih baik daripada meminta. Tangan yang diatas adalah lebih mulia daripada tangan yang dibawah. Begitulah suatu perbandingan ringkas yang biasa kita dengar. Bertitik tolak dari persoalan memberi ini , saya ingin membawa perspektif pembaca kepada tentang tajuk seperti yang telah saya nyatakan diatas "Erti Memberi Pada Tak Menghargai".
Beberapa minggu lalu, saya bersama-sama rakan da'i telah menganjurkan suatu Bengkel Khas untuk adik-adik kader-kader da'i . Saya bersama rakan da'i yang lain begitu optimis dalam dalam merencana program ini, walaupun kami masing-masing mempunyai kekangan masa dan tenaga yang agak terhad. Saya sebagai pengarah program apabila diberi amanah untuk mengendali program ini telah merencana sebaik mungkin.
Saya melihat program ini tidak terlalu besar atau 'grand' . Tetapi pengurusan dalam menjayakan program ini sering terganggu dengan komitmen masa yang mampu diberikan oleh rakan da'i tidak menentu. Maklumlah, masing-masing sudah mempunyai kerjaya dan tugasan kendiri yang perlu diurus. Saya sebagai pengarah program, telah mengambil keputusan untuk tidak memberatkan komitmen untuk program ini kepada rakan da'i yang berada diluar lembah Kelang. Namun, saya tetap mengalu-ngalukan rakan-rakan da'i yang tidak kira dimana mereka berada, selagi mana mereka mampu dan mempunyai luangan masa untuk masa, mereka diharapkan datang dan kedatangan sangat dihargai.
Sesungguhnya dalam membuat kerja dakwah bukanlah milik individu atau kumpulan tertentu, tak perlu berjemput dan tak perlu kecil hati jika ada orang lupa untuk menjemput. Sememangnya sejak azali anda dijemput untuk hadir untuk memberi sumbangan.
Pada hemat saya kedatangan rakan-rakan da'i biarlah dengan rasa penuh kerelaan dan dengan penuh rasa 'pleasure' nya untuk 'MEMBERI' . Memberi dengan keikhlasan adalah KETENANGAN. Memberi tanpa kemampuan adalah KESAKITAN . Memberi dengan kepaksaan adalah KEROSAKAN. Cukuplah dengan prinsip ini yang saya pegang untuk mengatur rakan da'i untuk membantu saya dalam melaksanakan program ini.
Memberi dengan keikhlasan adalah KETENANGAN. Memberi tanpa kemampuan adalah KESAKITAN . Memberi dengan kepaksaan adalah KEROSAKAN
Program kami berlangsung selama sehari setengah. Pada akhir program, saya telah memastikan untuk mendapat feedback daripada program tersebut bagi saya dan rakan-rakan da'i yang lain untuk menilai gerakkerja dan hasil yang diperolehi. Secara kasar kami telah membelek-belek borang penilaian program. Namun, feedback-feedback daripada program itu seperti yang tidak kami jangka. Kami telah melakukan yang terbaik. Dalam permerhatian untuk beberapa slot, kami dapati peserta begitu bersemangat dan bertanya dan bertanya. Penilaian saya melihat, betapa bermanfaatnya bagi mereka.
Feedback-feedback yang tak terjangka itu adalah kritikan-kritikan seolah-olah tiada kebaikan pada program yang dibuat. Ini bukan bermaksud kita tak bersedia dengan kritikan. Bukan persoalan kritikan yang kita yang membuat kita terasa, tetapi apabila hampir tiada kelihatan komen positif yang kita dapat, maka kita dapat simpulkan bahawa sensitiviti hati prihatin yang tahu erti menghargai dikalangan peserta hampir tiada.
Saya sebenarnya agak terkejut dengan feedback telah kami dapat. Hampir lemah semangat AJK-AJK saya, namun ada yang memujuk dan berkata; "Tak pa la Akhi , nak buat macam mana. Depa tak paham lagi". Ada juga yang berkata; "Kita ni susah payah curi masa dan luangkan masa untuk buat gerakerja. Dalam masa yang sama , ada nak kena urus program lagi, kerja lagi. Ini feedback depa, nak buat macam dengan orang tak tahu menghargai . Tak tahu menilai." Saya bagaiamana pun tetap mengurus emosi dan mengubat hati saya sendirian.
Lalu saya terkenang akan suatu kisah tentang "Nilai Sebuah Penghargaan" , iaitu kisah dalam sirah Nabi SAW dalam suatu misi dakwah beliau ke Thoif. Misi yangdiimpikan suatu penerimaan yang baik dengan penuh semangat untuk "memberi" dan membawa khabar gembira , khabar rahmatan lil alameen . Namun niat suci Rasul S.A.W tidak dapat difahami pada penduduk Taif yang masih tak mengerti dan masih dibukakan pintu hati untuk menilai suatu kebaikan yang dibawa.
Di perjalanan pulang dalam seruan dakwah itu, Rasul S.A.W telah dibalas dengan cacian dan lontaran batu sehingga luka buku lali baginda. Ketika baginda sampai disuatu tempat bernama Qiran Tha'alib, baginda menyedari bahawa sekumpulan awan sedang meneduhi baginda dan pada ketika itu baginda ternampak Jibril alaihisalam memanggil baginda dan berkata ;
“Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah mendengar perihal kaum bangsamu dan bertindak balas keatas seruan mu. Aku ini malaikat sagala gunung telah diutus oleh Tuhan mu dan perintahkanlah apa saja aku ini, untuk apa engkau mahu. Kalau kamu mahu aku hempap ke atas mereka bukit AL-AKhsyabin."
Jawab Baginda; " Tapi apa yang aku mahu biar Tuhan melahirkan dari sulbi mereka suatu golongan yang menyembahNya tanpa mensyirikkanNya. Itu sahaja yang aku mahu” (Fiqh Sirah 1, m/s 186; Said Ramadhan Al Buti)
Selepas peristiwa itu, misi "memberi" telah diteruskan ke Madinatul Munawwarah yang dahulunya dipanggil Yathrib. Hasil kedatangan baginda yang sangat dihargai dan disyukuri itu maka Allah telah memuliakan Madinah dan seluruh penduduknya yang beriman.
Begitulah kisah perbandingan bagi golongan yang 'tak menghargai' dan 'menghargai' pada sebuah pemberian. Sifat Nabi sebagai pendakwah adalah suatu sumber motivasi dan inspirasi dalam meneruskan kerja dakwah. Apabila mendapat tawaran untuk memuaskan hati, namun baginda menolak dengan penuh pengharapan bahawa akan lahir zuriat-zuriat yang 'mengerti dan tahu menghargai' suatu masa nanti.
Alhamdulillah kisah ini pengubat hati saya . Read more!
Link to Album Gema Aidilfiri
Subscribe to:
Posts (Atom)











